Rawatan Alternatif Kedua

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PUSRATU

a. PUSRATU ialah nama ringkas kepada Punca Saraf Rawatan Tulang Belakang

Cara dan kaedah rawatan yang diasaskan oleh Tabib Mohd Azmal Mohd Noor, atau terkenal dengan panggilan Pak Tabib Nur, agak berlainan sekali dengan kaedah rawatan yang ada dan umumnya diamalkan oleh para juru perubatan yang sedia ada.

b. PUSRATU diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

c. Sejarah dan latar belakang PUSRATU Diasaskan oleh Tabib Mohd Azmal bin Mohd Noor pada tahun 1996 bermula di Seksyen 2 Shah Alam, Selangor sambil beroperasi juga di Pendang, Kedah sebagai cawangan pertama pada tahun 1997 – 1998.

Cara Rawatan PUSRATU

Rawatan yang tanpa menggunakan apa-apa yang dipanggil ubat atau tiada suntikan dan tiada pembedahan adalah di kategorikan sebagai (Non-Invasive Theraphy). PUSRATU boleh dikatakan seperti sebuah bengkel yang membaiki (repair) dan mengekalkan Body Mechanic luar dan dalam tubuh manusia menjadi stabil dan normal.

Body Mechanic : Realignment dan Body balancing,

Body balancing adalah servis yang utama yang diberikan, ini melibatkan seluruh sistem, organ, tisu dan yang paling asas sekali adalah rawatan yang menjadi punca segala kesihatan manusia iaitu SEL-SEL TUBUH.

Falsafah PUSRATU

Tubuh yang sakit sama ada dalam ataupun luarmenandakan terdapat kesinambungan sistem yang terputus atau yang terpincang. Sistem yang terpincang datang dari beberapa organ yang hilang sebahagian fungsinya, manakala fungsi-fungsi organ yang telah hilang sebahagian peranannya datang dari kumpulan-kumpulan tisu yang telah cedera atau rosak.

Ini pastinya terdapat sel-sel tubuh yang membentuk kumpulan tisu tadi mengalami kerosakan yang berterusan yang boleh membawa kepada kematian SEL-SEL ASAS TUBUH.

www.pusratu.com.my

Hubungi Kami

PUSRATU (HQ) SELANGOR
No. 23E, Blok 2, Tingkat 5,
Worlwide Business Park,
Jalan Tinju 13/50,Seksyen 13,
40000 Shah Alam, Selangor
Temujanji: 019-4762640